Perkara paling best ialah bila dapat pergi melancong, mengembara ...... bestnyer kalau E-in dapat round 1 dunia ..... tapi belum upaya lagi, dapat round2 Asia Tenggara dulu pun okey kan.....
Kat atas ni gambo pemandangan drpd Kukup ke Tanjung Balai Karimun Indonesia ..... E-in suke gi sana sbb x la jauh sgt, barangnya murah, percakapan orang-orang pun mudah faham, bahasanya Melayu Riau, jadi x beza sgt dgn kita, berbeza dgn org Surabaya, loghat nya pekat ..... adakala maksudnya sangat berbeza dgn apa yg E-in faham ....
Sewaktu kali pertama menjejaki Surabaya apa yg kita perhatikan sama seperti sewaktu di Brunei juga..... paling ketara ialah... walaupun bahasa kita serumpun, tetapi terdapat perbezaan yg jelas dr segi maksud bg sesetgh ayat atau pkataan... yang paling takkan ku lupa ialah sewaktu perut telah menyanyikan lagu Rap "Aku lapar yo!"
Jadi tanpa membuang masa walau sesaat, E-in pun cakaplah kat Driver tu "Mas Mamik, dah laparlah... nak cari tempat mkn dulu yer". Mas Mamik jawap "Aku bawa loh shemua ke tempat Ramuan Setan!".... dengan muka pucat lesi dan separa ngeri, E-in dan kawan2 bpandangan sesama sendiri... Astgfirullahal Azim.... biar betol driver nih.... tidak bpuas hati, ku tanya lagi, "Mas, pergi tempat makan yg okey2 yer, kalau boleh yang ada nasi ayam penyet" .... Mas Mamik jwp "Iya, Iya, ku tujuin ke Plaza sana ada Nasi Ayam Penyet Ramuan Setan!" ...ish tak boleh jadik nih.... setelah membuat siasatan ala polisi terhadap maksud kata2 "Ramuan Setan" barulah ku faham.... di daerah ini, kalau makanannya terlalu enak atau yg plg bagus di sebut sbg Ramuan Setan (maknanya memang sedap betul hingga menjilat ibu jari, lebih kurang).
Akhirnya setelah siap makan di Restoran tu yg memang sungguh bersih, layanan first class dan sedap giloss....
E-in pun cakap "Mas Mamik esok kalau nak makan bawak kami shemua ke tempat makan Ramuan Setan okey?" ..... kwang kwang kwang.... moral value nya ialah Sama Tapi Tak Serupa dan Bahasa Jiwa Bangsa.... hehehehe
Tapi pergi lagi lepas tu ke sana dah x ngeri sgt sbb dah tau lenggok bahasa dan da dpt tgkap maksud2 di sebalik perkataan mereka....
Hari ini ialah tarikh 14 Oktober 2011 ..... Hari ini adalah Bday mak E-in juga :-) Yang ke berapa ehhhh ....... E-in ingat bday mak, tapi tak ingat umor mak berapa .... sebab mak sentiasa muda :-) E-in sayang mak sgt walaupun kdg2 dan selalu2 E-in degil ...... hihihihi .... E-in sayang mak SEBAB beliaulah yang melahirkan E-in, yg membesarkan E-in hingga berjaya .... E-in tak la berjaya sangat, tapi E-in bahagia dengan apa yg Tuhan kurniakan kpd E-in sbb definisi berjaya itu sangatlah subjektif kan :-) Kita berjaya, anda berjaya, semua berjaya mungkin dalam definisi KEJAYAAN yang berbeza :-) Yang penting kejayaan kita dikurniakan dalam pelbagai bentuk.... bersyukurlah ..... bersyukurlah .....
Kita hidup di dunia ini sebenarnya adalah satu kembara ...... kita semua adalah musafirnya ... sampai masa kita akan sampai ke destinasi yang kita tuju .... sama ada kita suka atau tidak, destinasi terakhir adalah tempat kita ..... perjalanan hidup kita penuh dgn warna warni, ada putih, hitam, merah, hijau, kuning, biru, kelabu, kelabu asap, kelabu tak berasap, hehehehehe .... yang penting semua warna yang kita telah lalu, telah jelajah, walau ia perit, walau ia gembira...... ia adalah perkara yang TERINDAH dalam hidup kita ...... YA, sangat indah :-) E-in suka mengembara ...... alangkah bestnyer kalau E-in dapat capai kembara 1 dunia .... best tahap gabannnn



Kawan-kawan yg ada byk pengalaman mengembara, silalah share yer....... :-)
ReplyDelete