Terima Kasehhh cekguuuuuu, penat lelah mu tak terbalas rasanya ..... semoga semua guru yang penah mengajar E-in dulu akan bahgia dunia akhirat, dan dikurniakan anak-anak yang bijak pandai juga sepertimana cikgu semua dgn ikhlasnya mengajar kami tulis baca .....
Jadi dgn itu, di bawah ini ialah semua nukilan karya tinta rasa, kolam jiwa yang E-in titipkan khas buat semua guru ..... Ini semua adalah hakcipta @ terpelihara E-in tau ..... copyrite reserveddd .... tak boleh lanunkan sesuka hati tau, sbb ni karya intelek, hehehe .... Jika nak copy, atau publish atau republish bole.... E-in bukanlah seorang yg kedekut, CUMA... pls minta izin dulu yer :-) Cemana nak minta izin, nak telepon ker, okey, ni no hp E-in... 014- tujuh empat empat, tekan tekan tak dapat ..... hehehe ....alhamdulillah, kwn2 yg bgtau nak pinjam, semua E-in bagi, sbb minta izin, lum ada lagi kes yang da minta izin E-in tak bagi atau purak2 mcm takde orang dlm umah ...... hehehehehe .... Okeyyyyyy utk cekgu, timekasehhh tau sbb cikgu lah yg wat saya pandai la jugak wat karya, tak la best sgt pun, biasa2 jer ...... janji ROcckkkk S.A.Y.A.N.G C.I.K.G.U
buat Ckg Osman, Ckg Martinawati, Ustzah Shamsiah, Ust Rafi, Ckg Paridah dan semualah cekgu, yang E-in ingat atau terlupa tanpa disengajakan..... harap tak berdosa la tak ingat nama cekgu, kalo termakan time pose tak batal pose kan kalau terlupa ..... hehehehe.... anyway, Rindu kat cekgu semua :-)
Karya 1 : MURID DULU….. MURID SEKARANG
by E-in on Saturday, 30 January 2010 at 20:40
Murid dulu bila cikgu marah,
sampai rumah kena tambah lagi dengan mak ayah,
lagi mengadu lagi badan berbirat merah…
Murid sekarang bila cikgu marah,
mak ayah datang serang sekolah,
silap-silap cikgu yang parah…
Murid dulu cukup hormat pada cikgu,
pantang nampak cikgu lalu,
semuanya tunduk malu…
Murid sekarang bila cikgu lalu,
cikgu di fewit-fewitkan selalu,
cikgu pula yang tersipu malu…
Murid dulu bila cikgu sudah mula bersuara,
hanya mengangguk tak berani menyampuk,
Murid sekarang sebaik cikgu mula bicara,
mulalah tunjuk siapa loyar buruk
Murid dulu dapat kerja sekolah,
tak ada elektrik pasang api lilin,
Murid sekarang dapat kerja sekolah,
on computer game yang dimain…
Murid dulu mak ayah orang susah,
celik mata menoreh getah,
datang sekolah dengan cita nasib keluarga boleh diubah,
Murid sekarang mak ayah jawatan pengarah,
dapat duit beli kad top up nilai tambah,
habis credit minta lagi bukan susah...
Murid dulu tak bertuah,
tak ada kasut kaki ayam pun sanggup ke sekolah,
Murid sekarang memang bertuah,
tak dapat basikal pun tak nak pergi ke sekolah
Murid dulu murid sekarang memang banyak bezanya,
mak ayah mahu cikgu berusaha, bila keluar result periksa…
Murid cemerlang orang kata untung mak ayahnya,
Murid gagal orang tanya siapalah cikgunya…
Bilalah agaknya murid-murid kita hendak sedar,
Cikgu marah kerana sayangkan pelajar,
Cikgu tegur kerana tak mahu murid tersasar,
Cikgu rotan kerana hendak mengajar,
jasa cikgu sampai ke akhir hayat cikgu tak minta bayar,
kalau patuh ikut tunjuk ajar,
besok nanti murid juga yang berjawatan besar,
mak ayah juga yang senyum lebar,
Cikgu tumpang senyum tawar…..
sampai rumah kena tambah lagi dengan mak ayah,
lagi mengadu lagi badan berbirat merah…
Murid sekarang bila cikgu marah,
mak ayah datang serang sekolah,
silap-silap cikgu yang parah…
Murid dulu cukup hormat pada cikgu,
pantang nampak cikgu lalu,
semuanya tunduk malu…
Murid sekarang bila cikgu lalu,
cikgu di fewit-fewitkan selalu,
cikgu pula yang tersipu malu…
Murid dulu bila cikgu sudah mula bersuara,
hanya mengangguk tak berani menyampuk,
Murid sekarang sebaik cikgu mula bicara,
mulalah tunjuk siapa loyar buruk
Murid dulu dapat kerja sekolah,
tak ada elektrik pasang api lilin,
Murid sekarang dapat kerja sekolah,
on computer game yang dimain…
Murid dulu mak ayah orang susah,
celik mata menoreh getah,
datang sekolah dengan cita nasib keluarga boleh diubah,
Murid sekarang mak ayah jawatan pengarah,
dapat duit beli kad top up nilai tambah,
habis credit minta lagi bukan susah...
Murid dulu tak bertuah,
tak ada kasut kaki ayam pun sanggup ke sekolah,
Murid sekarang memang bertuah,
tak dapat basikal pun tak nak pergi ke sekolah
Murid dulu murid sekarang memang banyak bezanya,
mak ayah mahu cikgu berusaha, bila keluar result periksa…
Murid cemerlang orang kata untung mak ayahnya,
Murid gagal orang tanya siapalah cikgunya…
Bilalah agaknya murid-murid kita hendak sedar,
Cikgu marah kerana sayangkan pelajar,
Cikgu tegur kerana tak mahu murid tersasar,
Cikgu rotan kerana hendak mengajar,
jasa cikgu sampai ke akhir hayat cikgu tak minta bayar,
kalau patuh ikut tunjuk ajar,
besok nanti murid juga yang berjawatan besar,
mak ayah juga yang senyum lebar,
Cikgu tumpang senyum tawar…..
Karya 2 : HARI-HARI SEORANG GURU BIASA .....
by E-in on Sunday, 14 March 2010 at 13:08
Jika anda menjadi guru, jangan berduka jika jatuh sekali sekala...
Kerana bangun berkali-kali lebih utama...
Jika anda mengajar di sekolah biasa,
Latar belakang muridnya pula biasa2 saja,
Tetapi anda berjaya menjadikan semangat juang mereka luar biasa,
Anda adalah guru perkasa harapan nusa.
Bukanlah seorang guru sejati,
Jika sentiasa kejarkan kelas tertinggi,
Kerana mengejar prestasi diri,
Guru yang ikhlas jatidiri,
Tidak memilih pelajar elit untuk dicurah bakti.
Jika anda mengajar kelas paling belakang,
Muridnya menulis tunggang langgang,
Ayatnya pun lintang pukang,
Andalah guru tulen yang cemerlang.
Jika orang lain sibuk berebut mengajar kelas depan,
Anda dirembat kelas sebarangan,
Masuk kelas tak cukup tangan,
Sebab banyak nak bagi bahan,
Andalah guru sanjungan.
Bukanlah guru yang kental
Jika hanya mengajar murid yang handal ....
Bukanlah guru yang cemerlang
Jika elak mengajar kelas belakang....
Jika murid menguji kesabaran,
Banyak melawan dari menulis jawapan,
Berdoalah siang malam dalam amalan,
Semoga murid menjadi insan,
Takkan rugi walau sekuman.
Jika murid berbau masam,
Kasut putih macam legam,
Hari cerah nampak hitam,
Gigi putih warna suram,
Tapi anda gurunya yang tetap tersergam,
Tekun dan bakti tak pernah padam,
Inilah guru yang murid idam.
Jika patah hati jiwa,
Sambungkan semula carilah punca,
Sampai ke mati ilmu dibawa,
Amal yg baik tak jadi cerca.
Jika anda banyak berkorban,
Biarlah tak siapa nampak berbulan-bulan,
Sebab bukan yang nampak jadi ukuran,
Yang tersembunyi jariahnya menjadi jalan.
Senyum, menangis, tawa ria, marah, jenaka, sedih, gurau senda, gembira, bahagia....
Hari-hari seorang guru biasa...
yang tidak meminta sepeluk hadiah sewaktu HARI GURU...atau sekurang-kurangnya sebatang pen merah yang masih berwarna...
Akan tetap menjalankan tugasnya selama ia upaya ...
Bukan mengejar pangkat dunia...
Tapi rasa tanggungjawab terhadap dunia pendidikannya yang lebih bermakna...
Tahniah rakan-rakan guru yang tabah dan jerihnya mendidik anak bangsa
Tanpa memilih pelajar bijak, sederhana atau lemah... tidak mengira tahap upaya
Sebenar-benarnya anda memang guru biasa, yg punya daya usaha luar biasa....
Kerana bangun berkali-kali lebih utama...
Jika anda mengajar di sekolah biasa,
Latar belakang muridnya pula biasa2 saja,
Tetapi anda berjaya menjadikan semangat juang mereka luar biasa,
Anda adalah guru perkasa harapan nusa.
Bukanlah seorang guru sejati,
Jika sentiasa kejarkan kelas tertinggi,
Kerana mengejar prestasi diri,
Guru yang ikhlas jatidiri,
Tidak memilih pelajar elit untuk dicurah bakti.
Jika anda mengajar kelas paling belakang,
Muridnya menulis tunggang langgang,
Ayatnya pun lintang pukang,
Andalah guru tulen yang cemerlang.
Jika orang lain sibuk berebut mengajar kelas depan,
Anda dirembat kelas sebarangan,
Masuk kelas tak cukup tangan,
Sebab banyak nak bagi bahan,
Andalah guru sanjungan.
Bukanlah guru yang kental
Jika hanya mengajar murid yang handal ....
Bukanlah guru yang cemerlang
Jika elak mengajar kelas belakang....
Jika murid menguji kesabaran,
Banyak melawan dari menulis jawapan,
Berdoalah siang malam dalam amalan,
Semoga murid menjadi insan,
Takkan rugi walau sekuman.
Jika murid berbau masam,
Kasut putih macam legam,
Hari cerah nampak hitam,
Gigi putih warna suram,
Tapi anda gurunya yang tetap tersergam,
Tekun dan bakti tak pernah padam,
Inilah guru yang murid idam.
Jika patah hati jiwa,
Sambungkan semula carilah punca,
Sampai ke mati ilmu dibawa,
Amal yg baik tak jadi cerca.
Jika anda banyak berkorban,
Biarlah tak siapa nampak berbulan-bulan,
Sebab bukan yang nampak jadi ukuran,
Yang tersembunyi jariahnya menjadi jalan.
Senyum, menangis, tawa ria, marah, jenaka, sedih, gurau senda, gembira, bahagia....
Hari-hari seorang guru biasa...
yang tidak meminta sepeluk hadiah sewaktu HARI GURU...atau sekurang-kurangnya sebatang pen merah yang masih berwarna...
Akan tetap menjalankan tugasnya selama ia upaya ...
Bukan mengejar pangkat dunia...
Tapi rasa tanggungjawab terhadap dunia pendidikannya yang lebih bermakna...
Tahniah rakan-rakan guru yang tabah dan jerihnya mendidik anak bangsa
Tanpa memilih pelajar bijak, sederhana atau lemah... tidak mengira tahap upaya
Sebenar-benarnya anda memang guru biasa, yg punya daya usaha luar biasa....
Karya 3 : SETIAP HARIKU ADALAH HARI GURU
by E-in on Friday, 14 May 2010 at 20:04
Bulan Januari guru berpeluh ....
Murid kelas ponteng sekolah....
Mak ayah murid dari jauh...
Datang pejabat susah payah....
Air mata ibu mengalir lesu..
Hati guru cair sayu...
Bulan Februari kes baru....
Murid-murid jual rokok...
Siapa guru yang tak terharu....
Penat bukan masalah pokok..
Keluh hati Tuhan yang tahu..
Masuk kelas mukanya lalok...
Bulan Mac ada lagi...
Masalah pelajar tak pernah henti...
Bukan duit mak ayah tak bagi...
Mencuri pula pilihan hati..
Kesian mak ayah nak bayar ganti rugi..
Guru manalah tak pedih hati...
Bulan April lain pula...
Buku teks dibuang merata-rata...
Bukankah yang percuma juga patut dijaga..
Jika sedar ilmu itu harta...
Cubalah belajar hargai ia..
Tak semua negara dapat percuma..
Bulan Mei berdebar-debar...
Dah mula pula peperiksaan besar..
Untuk menguji adakah tersasar...
Semua ilmu yang guru ajar...
Setelah separuh tahun masa terdampar..
bersama semangat yang sering membakar..
Bulan Jun kes terkini...
Murid bertumbuk sesama sendiri...
Kalaulah betul niat diyakini...
Mengapakah murid jadi begini...
Doa guru tak putus setiap hari..
Tahukah mereka adakala guru terlupa masa peribadi?
Bulan Julai buat hal juga...
Ugut kawan sama bertempik..
Nak tunjuk hebat siapa juara..
Bukan bersaing lawan akademik...
Tidakkah difahami gusarnya jiwa...
Guru tak kisah penat mendidik...
Asal murid faham bicara...
Jadilah murid yang baik-baik...
Bulan Ogos lain kisahnya...
Sakit perut keracunan makanan...
Bergegas guru hidupkan kereta....
Hantar murid buat rawatan...
Kalaulah murid berfikir sentiasa...
Banyaknya urusan guruku korbankan?
Bulan September lain halnya ...
Murid accident depan mata...
Guru bukan sekadar bertanya...
Jadi saksi polis menanya..
Lesen murid ada ke agaknya...
Pening guru menggaru kepala..
Bulan Oktober ada cerita...
Murid pancitkan tayar kereta..
Bukan sebiji tapi dua...
Bila kantoi siapa angkara...
Murid jawap dengan selamba..
Siapa suruh cikgu marah saya?
Bulan November senyum sementara...
Pecahkan meja sekolah sesuka dia...
Rotan besar dari belantara...
Hukuman bukan tujuan aniaya...
Kalau masyarakat bantu ketara...
Sama-samalah siap siaga...
Bulan Disember bulan lega...
Rehat sekejap tenangkan jiwa...
Bersedia pula tahun berikutnya..
Tugasan baru pula menjelma..
Untuk cantik corak rencana...
Harap-harap murid bersedia...
Hari ini hari guru .....
Guru tidak mengeluh ......
Keluar berita isu terbuku....
Hati guru masih teguh .......
Ibu bapa marah-marah ...
Guru-guru masih gagah ....
PIBG sergah ....
Guru senyum tetap tabah ...
Wartawan datang terjah
Guru tenang tidak pasrah .....
Bulan ke bulan hari ke hari...
Tidak pernah berbeza misi...
Selama mana ilmu diguna...
Hari Guru adalah selamanya..
Bukankah seluruh hayatku
sebenarnya Hari Guru ...
Murid kelas ponteng sekolah....
Mak ayah murid dari jauh...
Datang pejabat susah payah....
Air mata ibu mengalir lesu..
Hati guru cair sayu...
Bulan Februari kes baru....
Murid-murid jual rokok...
Siapa guru yang tak terharu....
Penat bukan masalah pokok..
Keluh hati Tuhan yang tahu..
Masuk kelas mukanya lalok...
Bulan Mac ada lagi...
Masalah pelajar tak pernah henti...
Bukan duit mak ayah tak bagi...
Mencuri pula pilihan hati..
Kesian mak ayah nak bayar ganti rugi..
Guru manalah tak pedih hati...
Bulan April lain pula...
Buku teks dibuang merata-rata...
Bukankah yang percuma juga patut dijaga..
Jika sedar ilmu itu harta...
Cubalah belajar hargai ia..
Tak semua negara dapat percuma..
Bulan Mei berdebar-debar...
Dah mula pula peperiksaan besar..
Untuk menguji adakah tersasar...
Semua ilmu yang guru ajar...
Setelah separuh tahun masa terdampar..
bersama semangat yang sering membakar..
Bulan Jun kes terkini...
Murid bertumbuk sesama sendiri...
Kalaulah betul niat diyakini...
Mengapakah murid jadi begini...
Doa guru tak putus setiap hari..
Tahukah mereka adakala guru terlupa masa peribadi?
Bulan Julai buat hal juga...
Ugut kawan sama bertempik..
Nak tunjuk hebat siapa juara..
Bukan bersaing lawan akademik...
Tidakkah difahami gusarnya jiwa...
Guru tak kisah penat mendidik...
Asal murid faham bicara...
Jadilah murid yang baik-baik...
Bulan Ogos lain kisahnya...
Sakit perut keracunan makanan...
Bergegas guru hidupkan kereta....
Hantar murid buat rawatan...
Kalaulah murid berfikir sentiasa...
Banyaknya urusan guruku korbankan?
Bulan September lain halnya ...
Murid accident depan mata...
Guru bukan sekadar bertanya...
Jadi saksi polis menanya..
Lesen murid ada ke agaknya...
Pening guru menggaru kepala..
Bulan Oktober ada cerita...
Murid pancitkan tayar kereta..
Bukan sebiji tapi dua...
Bila kantoi siapa angkara...
Murid jawap dengan selamba..
Siapa suruh cikgu marah saya?
Bulan November senyum sementara...
Pecahkan meja sekolah sesuka dia...
Rotan besar dari belantara...
Hukuman bukan tujuan aniaya...
Kalau masyarakat bantu ketara...
Sama-samalah siap siaga...
Bulan Disember bulan lega...
Rehat sekejap tenangkan jiwa...
Bersedia pula tahun berikutnya..
Tugasan baru pula menjelma..
Untuk cantik corak rencana...
Harap-harap murid bersedia...
Hari ini hari guru .....
Guru tidak mengeluh ......
Keluar berita isu terbuku....
Hati guru masih teguh .......
Ibu bapa marah-marah ...
Guru-guru masih gagah ....
PIBG sergah ....
Guru senyum tetap tabah ...
Wartawan datang terjah
Guru tenang tidak pasrah .....
Bulan ke bulan hari ke hari...
Tidak pernah berbeza misi...
Selama mana ilmu diguna...
Hari Guru adalah selamanya..
Bukankah seluruh hayatku
sebenarnya Hari Guru ...
Karya 4 : Sms, chatting, calling
by E-in on Saturday, 22 May 2010 at 19:21
Minggu lepas muridku sms .....
teacher soalan peksa keluar apa.....
sempat ku tersenyum manis..
ada murid ambil berat pelajarannya....
Kemudiannya murid minta tips dlm chatting...
ku jawab bacalah semua bab yg dah belajar...
ku lihat jam bilik berdenting ...
12 tgh mlm muridku masih minta ku ajar ...
Kelmarin murid telefon pula..
teacher markah sy mcm mana?
riangnya azam muridku dah bermula
kalau dah usaha insyaallah molek laksana markahnya
Semalam ku terima msg di facebook,
teacher, takutnya nak tunggu keputusan semua...
murid tak tahu hatiku lagi berdebak-debuk...
sentiasa doa yg terbaik spjg masa ...
Sms, chatting, calling ... ku layan juga...
demi murid korban masa tenaga pun tak apa....
harap utk ilmu murid sentiasa siap siaga...
kaya ilmu kita takkan papa ....
bila sudah jd manusia berguna...
mudahan kerja beres sempurna...
teacher soalan peksa keluar apa.....
sempat ku tersenyum manis..
ada murid ambil berat pelajarannya....
Kemudiannya murid minta tips dlm chatting...
ku jawab bacalah semua bab yg dah belajar...
ku lihat jam bilik berdenting ...
12 tgh mlm muridku masih minta ku ajar ...
Kelmarin murid telefon pula..
teacher markah sy mcm mana?
riangnya azam muridku dah bermula
kalau dah usaha insyaallah molek laksana markahnya
Semalam ku terima msg di facebook,
teacher, takutnya nak tunggu keputusan semua...
murid tak tahu hatiku lagi berdebak-debuk...
sentiasa doa yg terbaik spjg masa ...
Sms, chatting, calling ... ku layan juga...
demi murid korban masa tenaga pun tak apa....
harap utk ilmu murid sentiasa siap siaga...
kaya ilmu kita takkan papa ....
bila sudah jd manusia berguna...
mudahan kerja beres sempurna...
Karya 5 : Bahasaku Nadiku - kitalah perencana dan pelaksana MBMMBI
by E-in on Monday, 21 March 2011 at 11:55
Biar bergelandangan rentak adat si Putih itu menusuk jiwa
Andai berserakan tinta menumpahkan ukiran kata yang bukan kita empunya
Untuk apa mendabik dada sedang bahasa itu bukan kita berbahasa?
Syair gurindam jiwa dan nyawa masih berlagu molek indah halwa telinga
Sedikit tiada rosak cela untuk dicari galang gantinya.......................
Jemari mewarkahkan lagu pilu .... dingin salju menyentap menggigit tulang temulang ....
Sepi terpelosok ke lubuk hati .. pintas danau rindu mencari ruang bertemu ................
Bagai pungguk rindukan bulan kah aku ini? ........ Sepi lagi
Khazanah kita, kitalah penamanya...
Siapa berani mencurah nista andai berkolek berdayung bukan mudah menyebarkan sayap
bahasa sekian dekad lama?
Ombak mengalunkan lagu rindu pada sang penyair yang tidak pernah jemu....
Serunai usang kini berpenghuni menitiskan kaca merana tidak sedikit jatuhnya
Kasih buih lautan saling merindu terngiang lagu sendu seakan memainkan patah lagu ....... bukan alun tanah pertiwi
....... mengapa berbangga? Penyair menyoal lesu ....
Anak-anak sang pelaut terusan berlari tanpa henti ..... penyair mengikut rentak larian si kecil mengalunkan gemersik lagu bak buluh perindu ........
Sang penyair bernyanyi dan terus bernyanyi syahdu sayu cekal dan lesu ........ Andai alunan pertiwi ini gagah terus bagai batu-batu di lautan ini .....
Tambah indah melankolik melirik-lirik manisnya senyum penyair
Nakhoda nelayan pulang habuan hanyir bangir bukan hirauan
Ombak terus menerjah mengalun lembut di pinggiran ......
Setia di sana menunggu sang penyair menamat bait-bait irama syahdu.....
Biar mentari terik menjengah melabuhkan hangatnya ..... puput bayu jadi teman meniup kedinginan
Bernyanyi, berentak, mengalun irama menjadi satu lagu......Jangan sekali diusik hati panah ini!
Lantaran ikrar penyair
Bahasaku nadiku ......
Kitalah perencana dan pelaksana Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkasa Bahasa Inggeris? bukankan begitu? ......
Karya 6 : Tinta Pendidik Noktahnya Tiada ….
by E-in on Thursday, 12 May 2011 at 20:02
Urat berseliuh merungkai titis noktah peluh jerih pendidik…
Sahut terpalit nada sendu menyanyikan lagu syahdu andai anak didik lesu pilu …
Kabut gemersik kilau suasa.. biar mamah usia tak persia….
Kendi tidak bernama mengolek air jiwa jauh menitip lubuk rasa…..
Seri pawarna pintaskan kelam andai ilmunya berakar….
Hilang semua jerih perih sayu kalbu andainya sejarah jaya dilakar…
Sudahkan ayat penghujung pasti ketemu mencanai minda sebati bangsa…
Alun budaya diserap cerna, cukupkan ruang berbahasa cantik itu menjadi bahasa….
Mulianya duhai dirimu guru Bahasa….
Jiwa bangsa dipegang, budaya luar menular dihalang serasa sentiasa…
Tarikh keramat, kekal disemat….Namakan siapa sahaja Pahlawan sanjungan..
Mat Kilau, Rentap …. Dato’ Maharajalela…. Siapa gerangan…
Kisah tumbang JWW Birch tak lapuk dek hujan…
Siapakah pemasyhur hingga asal usul galur kekal kenang, jika bukan guru Sejarah mencanang?
Titipkan jarimu, panjangkan sempoa…. Lancarkan angka berjuta…
Hitungkan satu, dua, tiga….. infiniti tiada noktahnya…..
Tambahkan lima, tolakkan tiga, darabkan lapan, bahagikan semula….
Dapatkah nilainya jika bukan guru Matematik mengajar kira angka…
Momentum sama dengan jisim darab halaju….
Semakin besar jisim semakin besar momentum itu….
Apakah hubungannya berkadar terus atau berkadar songsang di situ….
Jawapan itu pasti guru Sainsmu yang boleh membantu ….
Hulurkan tanganmu, sambut rentak berombak ilmu di dada….
Ceritera ilmuan terbilang jadi untung rencana….
Bukakan karungmu…isikan sepenuh jiwa dunia pengetahuan seluasnya…
Pasti tak rugi biar sejuta badai menghentam tembok cita…
Andai budi segunung intan, andai bakti selaut impian,
Langkah sakti menjulang cendekiawan…rentak tersusun menjadi ikutan ….
Biar berpapah merentas masa, biar bergalang tiada gantinya,
Harum mewangi kekal dijiwa…terpahat kemas di lubuk rasa …..
Menongkat masa mengalun cita….menjadi contoh pimpinan muda,
Bertingkah tak kalah…..bersahut tak menyerah,
Begitulah ibarat corak pimpinnya,
Kekal terpateri menempa nama ….
Tinta pendidik sejati…. noktahnya tiada….
Secalit dakwat kering dititiskan lagi …. terus dan terus menitis
Jemu tiada dalam catatan buku….
Sirnanya hidup saban detik, masa, tahun …berdekad lama….
Biar lagu guru beralun tiada henti bisa kusambut menangis….
Baktinya pendidik kental terpahat kemas terpaku….
Terima kasih guru…….
Curah baktimu kekal terpateri setaut generasi …..
No comments:
Post a Comment